Pages

Sunday, July 30

Kembara Si Hamba

Julai beransur dan Ogos mendekat,
Sedang bulan berubah adakah kita masih terbejat,
Terjerat dalam belat terikat,
Sedang alam begitu indah tapi kita tersesat.

Tanya diri adakah cukup mengenali,
Diri dan berlari pernahkah mensyukuri,
Ke mana arah melangkah adakah diredhai,
Hidup seribu tahun adakah mencukupi,
Hingga mendabik melangut tak sedar di mana berdiri.

Di hening dini ku melamun,
Menyoal diri mencari sinyal,
Merenung sinar adakah benar,
Segala amanah adakah ditunai.

Moga hari berlalu menokok,
Membaja pohon subur merimbun,
Menjalar akar mencengkam kukuh,
Agar jangan tergelongsor.

Langkah kaki moga melurus,
Jangan melencong usah tertumus,
Menggalas harapan berjuta cita,
Cinta dan citra sang pengembara,
Semoga bertemu di dalam syurga,
Ar Rahim oh kasihanilah,
Hamba memohon belas dan limpah.

30 Julai 2017.
Batu Pahat.