Pages

Thursday, February 2

Progress

Alhamdulillah setakat ni progress berjalan lancar..komunikasi pon bertambah baik.

Setakat 31 jan 2012,
Dah beli; GPS untuk hantaran & gelang untuk "batal air sembahyang".
Dah survey; kasut untuk hantaran & kad jemputan.

Seterusnya,
Akan beli; kain untuk baju nikah, kasut untuk hantaran, tempah kad jemputan, kain atau baju untuk "langkah bendul.
Akan survey; baju pengantin & pelamin.
Akan pergi pejabat agama untuk beli borang nikah.

Tu je untuk setakat ni.

Progress lain, weekend ni maulidurasul & BBQ kat pengkalan balak dengan kap.

Thursday, January 5

Setakat 5hb

Alhamdulillah. Dah 4 hari diet tanpa nasik & aku masih mampu bertahan. Walaupon banyak dugaan & cabaran tapi aku akan cekalkan hati untuk capai target.

Jogging dah dapat 2 hari. Hari ni puasa so jalan kaki je kot. Malam esok main futsal cam biasa. So bab exercise rasanya ok.

Semalam beli jam tangan G-shock idaman untuk hantaran. Separuh gaji aku harganya. Tapi takpe la, kalau bukan sekarang rasanya memang takkan mampu nak beli jam tu.

Ahad ni daftar sem baru & amik modul. Semangat nak mulakan sem ni. Permudahkanlah Ya Allah. Hanya kepada mu aku bergantung harap & berserah..

Lebih kurang 5 bulan lagi nak melangkah ke fasa baru. Banyak benda nak kena buat. Ganbate!!

Sunday, January 1

Tahun Baru 2012

Azam tahun baru aku nak kurangkan berat 10kg sebelum 1hb 6. Mulai hari ni aku amalkan diet tanpa nasik, fruit instead of mister potato as a snack while driving, makan dlm portion yg sikit tapi lebih kerap dan exercise setiap petang. Semoga aku berjaya.

Monday, December 26

lol

Orang cakap kalau kata-kata itu perak, maka diam itu emas. Aku nak emas. Ko nak tak? Haha

Thursday, December 1

Cara Mencari Arah Kiblat


Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.

Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.

Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kompas Kiblat yang biasa dijual kat kedai buku agama     


Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.

Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.

Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)



Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/