Pages

Thursday, November 5

Esok Tak Akan Sama Tanpamu

Esok Tak Akan Sama Tanpamu

Lewat hari esok, 
Tiada lagi susuk yang setia di sudut itu, 
Melayan rencam kerenah kami tanpa jemu, 
Mengurus keperluan kami umpama sang ibu, 
Menyambut keluh kesah kami dengan senyum mu, 
Sungguh kami pasti akan rindu. 

Entah dah berapa jauh jalan kita lalu, 
Entah dah berapa banyak liku kita tempuh, 
Entah dah berapa kali kita tersungkur, 
Langsung tak pernah kami hitung, 
Dek kerana indahnya detik bersama mu.

Di kanvas terakhir kita bersama,
Kami coretkan lukisan terindah,
Penuh canda dan tawa mesra,
Bercalitkan drama dan air mata,
Hingga habis warna langsung tak bersisa,
Moga nanti kau gantung di dinding sejarah,
Menjadi bukti kita tak pernah berpisah.

Namun esok dah tak akan sama lagi,
Kami ke kanan engkau ke kiri,
Jika memang ini cabang hidup yang  terpaksa kita lalui,
Semoga kita cekal berdiri,
Dengan semangat citra mewangi,
Demi bakti untuk pertiwi,
Mohon jangan kau lupa kami di sini.. 

5 November 2020
Pagoh