Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.
Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.
Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.
Kompas Kiblat yang biasa dijual kat kedai buku agama |
Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.
Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.
Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)
Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/