Pages

Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts
Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts

Tuesday, June 17

Panduan Mendaki Gunung Ledang

Jika ada yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang, di sini saya kongsikan maklumat-maklumat yang saya tahu untuk rujukan anda.

1) Anda mestilah seorang yang sihat pada hari anda mahu mendaki. Bebas dari penyakit kronik mahupun penyakit akut seperti demam dan sebagainya. Ini amat penting untuk mengelakkan risiko maut ketika mendaki.

2) Gunung Ledang dibuka untuk didaki dari bulan Februari hingga November sahaja. Bulan Disember dan Januari ia ditutup untuk tujuan pemuliharaan.

3) Gunung Ledang adalah dibawah kawalselia Taman Negara Johor. Segala aktiviti mendaki hendaklah melalui mereka.

Credit to http://huhu2.wordpress.com

4) Gunung Ledang boleh didaki secara daytrip. 5 jam daki, 4 jam turun. Paling lewat anda perlu mula mendaki adalah pada jam 8.00 pagi.

5) Anda juga boleh mendaki Gunung Ledang secara 2D1N trip dengan bermalam di tapak khemah CP4. Boleh tengok sunrise.

6) Pihak Taman Negara menawarkan penginapan seperti tapak perkhemahan, chalet dan dorm untuk yang mahu bermalam sebelum mendaki daytrip pada keesokan hari. Tandas, surau dan tempat memasak juga disediakan. Khemah dan peralatan memasak boleh disewa. Cafe juga disediakan.

7) Taman Negara terletak kira-kira 2 km dari pekan Sagil. Ada kemudahan kedai makan, kedai runcit, balai polis, klinik kesihatan, masjid dan lain-lain lagi.

8) Untuk mendaki anda mesti ditemani guide Taman Negara.


10) Pihak Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 06-9631030 / 019-7772057. Fax No. : 06-9631031 atau emel muhaz65402@yahoo.com

11) Anda juga boleh hubungi Johor Park Corporation di talian 07-266130 atau lawati laman web http://www.johorparks.johordt.gov.my/ atau http://johorparks.blogspot.com/

12) Kalau nak hubungi saya pun boleh juga. Email saya nazarudin.ahmad.eskandar@gmail.com

Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu merealisasikan impian lebih ramai orang untuk menjejak kaki di puncak Gunung Ledang.


Pengalaman Pertama Mendaki Gunung Ledang

6 Jun 2010 mencatat sejarah. Gunung Ledang berketinggian 1276 m (4186 ft) dari paras laut kami tujui. Terletak di Sagil, Tangkak, Gunung Ledang adalah gunung yang tertinggi di selatan tanah air.

Pertama kali dalam hidup berjaya menjejak kaki di puncak Gunung Ledang. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.. Indahnya pengalaman ketika itu. Seronok. Teruja. Gembira. Syukur. Trip yang dirancang berjalan lancar dalam suka, duka, tangis dan tawa.

Line-up pendaki seramai 16 orang terdiri daripada warga KPDNKK Cawangan Muar dan rakan-rakan. Majoriti pendaki adalah beginner termasuk penulis. Semua tak sabar menempuh pengalaman baru sebagai pendaki.

Line-up yang bersemangat! Mozac, Ucop, Kamal, Ja'a, Kap, Asyraf, Aiman, Ina, KC, Kak Yana, Neza, Hajar, Kawan Hajar, Kak Shidah, Abg Din & Penulis

Selepas habis kerja jam 5.00 petang, 5 Jun 2010, kami bergerak ke Taman Negara Johor, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Sampai di sana lebih kurang lepas maghrib. Kami memilih menginap di dorm yang cukup selesa dengan kemudahan surau, tandas dan tempat memasak.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami mendengar sesi taklimat pendakian oleh pengurus dan guide taman negara tentang sejarah, bentuk muka bumi dan suasana pendakian kami esok. Selesai taklimat kami mula bersiap memasak untuk makan malam. Menu malam itu adalah Ayam BBQ blackpepper dan pelbagai menu sampingan. Sambil memasak dan makan, kami berborak dan berkenalan sesama pendaki disulami lawak jenaka dan gelak ketawa  yang menggegak-gempitakan suasana hingga mengundang kedatangan "tok batin". Tok batin adalah renjer merangkap pengawal keselamatan di situ. Agaknya dia sangka ada kalangan kami yang kena histeria. Hahaha!

Dimulakan dengan sesi regangan, senaman ringan dan bacaan doa, lebih kurang jam 8.00 pagi, 6 Jun 2010 kami mula mendaki. Terdapat 7 checkpoint yang perlu kami lalui. Laluan permulaan adalah berbentuk tangga yang mendatar dipanggil Tangga Mahligai menuju ke CP1 Bukit Semput. Memang padanlah CP1 dipanggil Bukit Semput kerana nak menuju ke sana ramai pendaki yang diserang semput! Mujurlah sebulan sebelum mendaki kami giat bersenam menambah stamina. Kalau tidak pakat patah baliklah semua. Pelbagai aksi suka duka, tawa riang, tangis hiba dipamerkan para pendaki. Sampai ada yang tercabut tapak kasut! Akibatnya mendaki sampai ke puncak dengan kasut yang tak bertapak. Macam pakai stokin aje katanya. Hebat!

CP1 Bukit Semput yang berjaya menguji tahap kesemputan setiap pendaki
Disebabkan kumpulan kami bergerak agak perlahan, guide mencadangkan kami mendaki melalui laluan pendita yang lebih mudah supaya dapat sampai ke puncak dalam masa yang dijangka. Bimbang kami akan lewat turun ke bawah. Ini bermakna kami akan terlepas laluan yang dikatakan paling mencabar iaitu KFC (Killing Fitness Centre)  dan Batu Hampar. Setelah berbincang, akhirnya semua setuju untuk mengikut cadangan guide.

Dalam kepenatan tetap sporting memberi pose

Lebih kurang jam 1.00 tengah hari kami berjaya sampai ke puncak Gunung Ledang. Puncaknya sangat cantik dan menawarkan pemandangan hampir 360 darjah. Memang puas hati! Kepenatan mendaki hilang begitu sahaja dengan semua pendaki teruja merakamkan gambar dengan pelbagai gelagat dan aksi. Ada yang melompat. Ada yang terbaring. Ada yang menyangkung. Mujur takde yang buat aksi terjunan bebas. Nikmati gambar-gambar kami ketika di atas puncak!

Senyuman kepuasan!

Antara yang sampai awal. Seronok bukan main masing-masing

Gadis-gadis. Kini yang gadis tinggal sorang je

Impian tercapai!!

Wajah-wajah kepuasan

Masing-masing seronok. Tapi ada juga yang dah terbayang jalan turun

Selepas puas bergambar, kami mengerjakan solat zohor dan berehat mengumpul stamina sebelum bergerak turun lebih kurang jam 2.00 petang. Masing-masing dah terbayang tilam empuk kat rumah. Macam-macam juga aksi terhasil ketika perjalanan turun. Ada yang menyanyi, ada yang berlari dan confirmlah, ada yang tersungkur! Haha! Sepanjang trek turun tu, paling mencabar adalah ketika di Tangga Mahligai. Rasa macam nak guling-guling aje.

Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak selalu indah. Gambar kat bawah antara saat-saat getir yang dapat dirakamkan.

Hajar minta nyawa. Nyawa tinggal satu katanya..hahaha.. Lepas tu MC 2 hari

Asyraf injured lutut sebab excited melompat

Fokus kat belakang yang baju oren tu. Hahaha.. lidah hampir mencecah tanah

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.30 petang kami semua selamat sampai ke bawah. Semua selamat dan sihat. Cuma Asyraf cedera sikit di lutut akibat hentakan ketika posing melompat di puncak. Pengajaran untuk semua supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Lepas mandi-mandi dan solat maghrib kami bergerak meninggalkan Gunung Ledang dengan senyuman kepuasan.