Pages

Thursday, December 1

Cara Mencari Arah Kiblat


Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.

Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.

Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kompas Kiblat yang biasa dijual kat kedai buku agama


Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.

Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.

Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)



Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/

14 comments:

  1. ikut piring astro. xpn matahari tbenam.

    ReplyDelete
  2. matahari terbenam kurang tepat bro.. piring astro kalu kat umah bole ler

    ReplyDelete
  3. http://grenbara.blogspot.com/2011/10/info-mengapa-piring-astro-mengadap.html?spref=fb

    ReplyDelete
  4. patutlah tak penah terserempak ngan kompas tu kat umah!

    ReplyDelete
  5. Iphone sekarang da ada macam2 apps utk pengguna Islam. Amik la Iphone.

    ReplyDelete
  6. iphone mahal la..aku x serasi henset mahal2

    ReplyDelete
  7. aku ikut arah piring astro sblm ni semayang.tp bila pakai kompas kiblat lain plak arahnya..mcmne semayang aku sblm ni yek..adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilmi, aku nak jawab dengan yakin pun x berani sbb aku belajar agama x tinggi. Cuma, syarat sah sembahyang kena menghadap kiblat..jadi kalau x menghadap kiblat kena qada' balik sembahyang tu. Dalam situasi ko, ko dikira dlm keadaan x berilmu masa ko sembahyang tu..jadi kesalahannya pada aku x berat sangat. Walau macam mana pun, untuk kepastian ko kena rujuk pd org yg lebih arif, ustaz..cikgu agama, imam..dll.

      Delete
    2. Bawa kompas yg baik dan bawa ke masjid yg terhampir. Ikut dan tanda kat kompas arah kiblat masjid mengikut arah utara.

      Delete
  8. Mudah nk cri arah kiblat

    ReplyDelete