Alhamdulillah, akhirnya berjaya secara rasmi bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran di dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 pada hari Ahad, 15 September 2024, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Terima kasih kepada barisan pensyarah, rakan sekelas, rakan group assignment, isteri, keluarga, majikan dan rakan sekerja yang memberi sokongan dan bantuan sepanjang pengajian mulai September 2017 hingga tamat pada Februari 2023.
Perjalanan untuk menggengam skrol degree ini sesungguhnya sangat mencabar dan menuntut pengorbanan yang tinggi.
Sebagai pelajar PJJ, pembahagian masa antara tugas hakiki, keluarga dan study adalah sesuatu yang sangat berat untuk dilakukan.
Tak tidur malam, tak balik rumah, berkampung di library, berdesup di jalan raya mengejar masa; adalah antara cabaran yang terpaksa dilalui.
Soal wang ringgit usahlah ditanya. Lebih 15 ribu ringgit dilabur dan dilebur untuk yuran pengajian. Semuanya daripada duit poket sendiri.
Pelbagai drama, pahit manis dan suka duka dilalui sepanjang perjalanan yang amat berliku ini. Semuanya terlipat kemas dalam kanvas kenangan.
Degree ini, selain sebagai tiket untuk memohon jawatan yang lebih tinggi, adalah menjadi satu bukti perjuangan cita-cita yang tak pernah padam.
Terlalu panjang untuk diceritakan semuanya. Sesungguhnya segala kekecewaan yang dilalui pada masa lalu menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.
Diakhirnya, perjalanan degree ini bukan semata-mata tentang teori apa yang kita buktikan, namun juga tentang soft-skill, nilai tambah dan hikmah apa yang kita kutip secara tak langsung.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua, perjalanan degree ini tiba ke penghujung.
Selagi hayat dikandung badan, Insyaallah perjuangan menuntut ilmu akan diteruskan.
Semoga bingkisan ini memberi inspirasi kepada rakan-rakan, adik-adik dan anak-anak yang membaca.
No comments:
Post a Comment