Pages

Tuesday, June 17

Pengalaman Pertama Mendaki Gunung Ledang

6 Jun 2010 mencatat sejarah. Gunung Ledang berketinggian 1276 m (4186 ft) dari paras laut kami tujui. Terletak di Sagil, Tangkak, Gunung Ledang adalah gunung yang tertinggi di selatan tanah air.

Pertama kali dalam hidup berjaya menjejak kaki di puncak Gunung Ledang. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.. Indahnya pengalaman ketika itu. Seronok. Teruja. Gembira. Syukur. Trip yang dirancang berjalan lancar dalam suka, duka, tangis dan tawa.

Line-up pendaki seramai 16 orang terdiri daripada warga KPDNKK Cawangan Muar dan rakan-rakan. Majoriti pendaki adalah beginner termasuk penulis. Semua tak sabar menempuh pengalaman baru sebagai pendaki.

Line-up yang bersemangat! Mozac, Ucop, Kamal, Ja'a, Kap, Asyraf, Aiman, Ina, KC, Kak Yana, Neza, Hajar, Kawan Hajar, Kak Shidah, Abg Din & Penulis

Selepas habis kerja jam 5.00 petang, 5 Jun 2010, kami bergerak ke Taman Negara Johor, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Sampai di sana lebih kurang lepas maghrib. Kami memilih menginap di dorm yang cukup selesa dengan kemudahan surau, tandas dan tempat memasak.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami mendengar sesi taklimat pendakian oleh pengurus dan guide taman negara tentang sejarah, bentuk muka bumi dan suasana pendakian kami esok. Selesai taklimat kami mula bersiap memasak untuk makan malam. Menu malam itu adalah Ayam BBQ blackpepper dan pelbagai menu sampingan. Sambil memasak dan makan, kami berborak dan berkenalan sesama pendaki disulami lawak jenaka dan gelak ketawa  yang menggegak-gempitakan suasana hingga mengundang kedatangan "tok batin". Tok batin adalah renjer merangkap pengawal keselamatan di situ. Agaknya dia sangka ada kalangan kami yang kena histeria. Hahaha!

Dimulakan dengan sesi regangan, senaman ringan dan bacaan doa, lebih kurang jam 8.00 pagi, 6 Jun 2010 kami mula mendaki. Terdapat 7 checkpoint yang perlu kami lalui. Laluan permulaan adalah berbentuk tangga yang mendatar dipanggil Tangga Mahligai menuju ke CP1 Bukit Semput. Memang padanlah CP1 dipanggil Bukit Semput kerana nak menuju ke sana ramai pendaki yang diserang semput! Mujurlah sebulan sebelum mendaki kami giat bersenam menambah stamina. Kalau tidak pakat patah baliklah semua. Pelbagai aksi suka duka, tawa riang, tangis hiba dipamerkan para pendaki. Sampai ada yang tercabut tapak kasut! Akibatnya mendaki sampai ke puncak dengan kasut yang tak bertapak. Macam pakai stokin aje katanya. Hebat!

CP1 Bukit Semput yang berjaya menguji tahap kesemputan setiap pendaki
Disebabkan kumpulan kami bergerak agak perlahan, guide mencadangkan kami mendaki melalui laluan pendita yang lebih mudah supaya dapat sampai ke puncak dalam masa yang dijangka. Bimbang kami akan lewat turun ke bawah. Ini bermakna kami akan terlepas laluan yang dikatakan paling mencabar iaitu KFC (Killing Fitness Centre)  dan Batu Hampar. Setelah berbincang, akhirnya semua setuju untuk mengikut cadangan guide.

Dalam kepenatan tetap sporting memberi pose

Lebih kurang jam 1.00 tengah hari kami berjaya sampai ke puncak Gunung Ledang. Puncaknya sangat cantik dan menawarkan pemandangan hampir 360 darjah. Memang puas hati! Kepenatan mendaki hilang begitu sahaja dengan semua pendaki teruja merakamkan gambar dengan pelbagai gelagat dan aksi. Ada yang melompat. Ada yang terbaring. Ada yang menyangkung. Mujur takde yang buat aksi terjunan bebas. Nikmati gambar-gambar kami ketika di atas puncak!

Senyuman kepuasan!

Antara yang sampai awal. Seronok bukan main masing-masing

Gadis-gadis. Kini yang gadis tinggal sorang je

Impian tercapai!!

Wajah-wajah kepuasan

Masing-masing seronok. Tapi ada juga yang dah terbayang jalan turun

Selepas puas bergambar, kami mengerjakan solat zohor dan berehat mengumpul stamina sebelum bergerak turun lebih kurang jam 2.00 petang. Masing-masing dah terbayang tilam empuk kat rumah. Macam-macam juga aksi terhasil ketika perjalanan turun. Ada yang menyanyi, ada yang berlari dan confirmlah, ada yang tersungkur! Haha! Sepanjang trek turun tu, paling mencabar adalah ketika di Tangga Mahligai. Rasa macam nak guling-guling aje.

Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak selalu indah. Gambar kat bawah antara saat-saat getir yang dapat dirakamkan.

Hajar minta nyawa. Nyawa tinggal satu katanya..hahaha.. Lepas tu MC 2 hari

Asyraf injured lutut sebab excited melompat

Fokus kat belakang yang baju oren tu. Hahaha.. lidah hampir mencecah tanah

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.30 petang kami semua selamat sampai ke bawah. Semua selamat dan sihat. Cuma Asyraf cedera sikit di lutut akibat hentakan ketika posing melompat di puncak. Pengajaran untuk semua supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Lepas mandi-mandi dan solat maghrib kami bergerak meninggalkan Gunung Ledang dengan senyuman kepuasan.


No comments:

Post a Comment