Pages

Thursday, December 1

Cara Mencari Arah Kiblat


Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.

Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.

Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kompas Kiblat yang biasa dijual kat kedai buku agama


Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.

Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.

Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)



Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/

Monday, November 28

5S

Konsep 5S atau dalam bahasa mudahnya aktiviti housekeeping yang teratur mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.


1. Seiri (Sisih)

- Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.



2. Seiton (Susun) 
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan   
  semula selepas digunakan. 
- Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan. 
- Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah 
  dicapai. 
- Semua tempat dokumen atau barang diberi label.

- Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.



3. Seiso (Sapu)

- Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
- Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
- Menggabungkan aktiviti sapu, kilatkan, semak dan betulkan.
- Buat dengan kerjasama semua kakitangan.

4. Seiketsu (Seragam)
- Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman.
- Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

5. Shitsuke (Sentiasa Amal)
- Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan.
- Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu.
- Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S.

Sebagai galakkan, organisasi boleh wujudkan pertandingan amalan 5S terbaik antara kakitangan, bilik, kawasan tempat kerja, unit atau jabatan. Ganjaran yang menarik akan meningkatkan semangat para pekerja.


Monday, November 7

Resipi Laksa Kedah


Laksa Kedah. Sedap baq hang

Bahan-bahan:

1) Laksa
2) Ikan sardin / kembung / temenung
3) Cili kering
4) Bawang besar
5) Air
6) Asam keping
7) Bunga kantan
8) Daun kesom
9) Garam
10) Ajinomoto

Cara-cara penyediaan:

1) Rendam laksa. Bila dah lembut rebus kira-kira 20 minit
2) Untuk kuah, rebus ikan sampai separuh masak
3) Sejukkan dan asingkan antara isi ikan dengan tulang
4) Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan
5) Kisar tulang ikan, tapis dan ambil air dia
6) Campur isi ikan yang dah dikisar dengan air tulang ikan tadi
7) Kisar cili kering dan bawang besar
8) Campur kisaran cili kering dan bawang besar tadi dengan isi ikan
9) Tambah air 
10) Masukkan bunga kantan, daun kesom, asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa
11) Rebus sampai mendidih

Untuk plating, biasa la. Timun, bawang, cili api, salad & telur rebus. Otak udang & kicap optional.

Begitu la resipi laksa kedah secara teoritikal. Praktikkan untuk dapat hasilnya. 


_________________________________________________________________________________
Tips 1 Hari 1 Ayat:
Muka tak hensem aku tetap nak kawan. Tapi mulut busuk adoyai tolonglah. Gosok gigi setiap kali mandi atau bila rasa mulut dah berbau. Sentiasa standby berus gigi dan ubat gigi bila keluar rumah. Kalau susah, standby listerine botol kecik pun idea yang bagus. Aku standby dua-dua. Kamu? Standby jugak lah.