Pages

Monday, November 28

5S

Konsep 5S atau dalam bahasa mudahnya aktiviti housekeeping yang teratur mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.


1. Seiri (Sisih)

- Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.



2. Seiton (Susun) 
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan   
  semula selepas digunakan. 
- Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan. 
- Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah 
  dicapai. 
- Semua tempat dokumen atau barang diberi label.

- Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.



3. Seiso (Sapu)

- Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
- Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
- Menggabungkan aktiviti sapu, kilatkan, semak dan betulkan.
- Buat dengan kerjasama semua kakitangan.

4. Seiketsu (Seragam)
- Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman.
- Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

5. Shitsuke (Sentiasa Amal)
- Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan.
- Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu.
- Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S.

Sebagai galakkan, organisasi boleh wujudkan pertandingan amalan 5S terbaik antara kakitangan, bilik, kawasan tempat kerja, unit atau jabatan. Ganjaran yang menarik akan meningkatkan semangat para pekerja.


2 comments: